Kesihatan adalah kekayaan — misi kami adalah untuk membantu anda memiliki badan, minda dan jiwa yang sihat.

Ke Arah Malaysia Sihat

Setiap tahun kerajaan Malaysia telah belanjakan berbillion ringgit untuk memperkasakan sektor kesihatan. Namun, saban tahun statistik menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia terpalit dengan masalah kesihatan yang serius.

“Prevention is better than cure..”

Sebahagian permasalahan kesihatan yang membelenggu rakyat Malaysia adalah berkait dengan sindrom metabolik, yang mana ia boleh dibendung dan dipulihkan semula dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Oleh itu, sihat.my diluncurkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk memiliki badan, minda dan jiwa yang sihat. Anda sihat, keluarga sihat, Malaysia sihat!

logo
Prof. Dr. Aziz Al Safi,
Pengasas sihat.my.

Pasukan Kami

Mereka yang bekerja keras untuk menjayakan gerakkan ini.

Prof. Dr. Aziz Al Safi
Pengasas
Muhamad Afiq
CEO
Syarifuddin
Direktor Kreatif

Lembaga Penasihat

Barisan pakar yang menyemak segala konten yang diterbitkan.

Dr. Wan Nasyrudin
B.A.(Hons.)(Yarmouk), M.I.S.(UKMalaysia), Ph.D(Malaya)
Beliau merupakan Pensyarah Kanan Bidang Tafsir, Mukjizat Sains Al-Quran & Pemakanan Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sering menjadi rujukkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pemakanan dalam Islam.