Check out our New Health Advocates
Meet NURAZLINA BINTI KHAIRUDIN
ADMIN CLERK @ ML CAPITAL SDN BHD [more]







Check out other activities
Sharing Centre: Sharing is caring & giving
     

Wellness
Bahaya 'Garam Tersembunyi'
Shared by
Sihat.my
8 Apr 2013 5:39PM
284 Sharing articles

Garam apa yang dibayangkan ialah serbuk putih sering digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pengambilan garam sepatutnya lima gram termasuk 'garam tersembunyi'.

 

Ini merujuk kepada garam terkandung dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa. Makanan siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

 

Menyokong tema Hari Sambutan Kesihatan Sedunia disambut, pada 7 April ini yang bertemakan Tekanan Darah Tinggi, Kementerian Kesihatan menekankan mengenai pengurangan pengambilan garam tersembunyi untuk mengurangkan kadar risiko penyakit bahaya dalam kalangan penduduk.



Rahsia garam tersembunyi

Mungkin ramai masih samar mengenai kehadiran ‘garam tersembunyi, menjelas lanjut mengenai kandungan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata corak pengambilan makanan berasaskan garam perlu diberi penekanan dan disiplin bagi mengurangkannya kebergantungan terhadap penambah rasa itu.

 

Katanya, pengambilan garam yang tinggi antara penyumbang kepada tekanan darah dan peningkatan penyakit angin ahmar dan jantung.

 

“Apabila menyentuh mengenai penggunaan garam dalam masakan, ramai merujuk kepada serbuk putih digunakan di dapur. Tapi mereka tidak sedar sebenarnya makanan diproses dan sos atau perencah penambah rasa turut mempunyai kandungan garam tinggi.

 

“Tidak dinafikan pengambilan bahan perasa seperti kicap soya, budu, sos tiram, lada hitam dapat membangkitkan selera, namun perlu diingatkan penyakit berbahaya seperti serangan jantung atau angin ahmar tidak memberikan sebarang isyarat sebelum komplikasi.

 

“Lebih membimbangkan, penyakit jantung juga dilaporkan punca utama kemasukan pesakit ke hospital bahkan menjadi menyumbang terbesar kepada kes kematian,” jelasnya dihubungi, baru-baru ini.

 


Elak gejala berbahaya

Dr Feisul memberitahu kebiasaan ‘lidah’ masyarakat Asia terhadap penambah rasa dan masin sebenarnya boleh dibentuk jika mengamalkan selera ‘Less Salt Please’ dan menjadikan kekurangan garam sebagai rutin harian mereka.

 

Walaupun Kementerian Kesihatan sedang berusaha merangka strategi pengurangan garam untuk rakyat tetapi ia perlu lahir daripada semangat dan kefahaman masyarakat sendiri dalam mengurus corak pengambilan garam.

 

“Satu kajian rintis mengenai pengambilan garam dengan menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam, tahun lalu menunjukkan kandungan purata pengambilan garam ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan WHO.

 

“Dalam kajian sama, mendapati sos kicap soya adalah makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi. Lelaki juga didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.

 

“Ini memberikan gambaran bagaimanapun pula pengambilan dan pengetahuan mengenai garam tersembunyi dalam kalangan umum” jelasnya.



INFO

  • WHO menetapkan 7 April sebagai Hari Kesihatan Sedunia.

  • Tema 2013- Tekanan Darah Tinggi dan memfokuskan mengenai kesedaran mengurangkan kadar serangan jantung dan angin ahmar.

  • Kira-kira 32.7 peratus (5.8 juta) rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas kini dianggarkan menghidap penyakit hipertensi dan perkara ini semakin meningkat sejak 2006.

  • Pertubuhan World Action On Salt and Health (WASH) menetapkan 11 Mac hingga 17 Mac sebagai Minggu Kesedaran Garam Sedunia Ke-6 dengan bertemakan “Less Salt Please”.

  • Kempen itu ditujukan khusus buat industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef), tukang masak di restoran, kafeteria, gerai, restoran makanan segera dan sebagainya
    * Pengambilan garam berlebihan meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan hipertensi.

  • Tabiat kurang pengambilan sayuran, buah ditambah dengan peningkatan pengambilan alkohol, kurang aktiviti fizikal serta obesiti menjadikan keadaan lebih teruk.

  • Sejak 2011 hingga 2012, ada 16 jenis makanan dikurangkan kandungan garam iaitu biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku.

  • Jumlah penurunan garam adalah sebanyak 2 peratus hingga 40 peratus daripada tahap asal dan ini adalah amat menggalakkan.



Amalkan langkah-langkah berikut:

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. Sasarkan tekanan darah (BP) anda pada paras optimum iaitu 120/80 milimeter merkuri (mmHg) atau kurang;

  • Hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari atau 5 gram (g) sehari.

  • Kurangkan penggunaan garam semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan

  • Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding garam, sos atau penambah perisa lain

  • Kurangkan pengambilan makanan terproses, segera, diawet, diasin, ditinkan, dibotolkan atau dijeruk

  • Ambil dua sajian buah dan tiga sajian sayur sehari

  • Amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan

  • Pupuk minda sihat, tangani tekanan, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.


Text as reproduced from Berita Harian by Fatin Hafizah Mohd Shahar (fatin@mediarpima.com.my) on 4th April 2013.

Additional photos from public domain may have been added solely for illustration purpose.

Photo Credit to:
Photo by
Berita Harian

tags: Hari Kesihatan Sedunia, Eat Right