Check out other activities
Knowledge Centre: for Healthier Living
     

Wellness
Kenyataan Akhbar KPK Situasi Semasa HFMD 18 Mei 2012
Contributed by
Dato' Sri Dr. Hasan bin Abdul Rahman
30 Jun 2012 12:31PM
15 Knowledge articles

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah endemik di rantau Asia Pasifik. Pada tahun 2012, pihak WHO melaporkan peningkatan tren HFMD di negara-negara rantau Asia Pasifik dan Malaysia juga tidak terkecuali. Kemunculan HFMD tahun ini memang sudah dijangkakan di mana ia muncul setiap 3 tahun sekali. Tren peningkatan kes HFMD di Malaysia telah dikesan sejak Januari 2012 bermula dengan Sarawak dan diikuti dengan negeri-negeri lain. Tren peningkatan HFMD juga dilaporkan di beberapa negara serantau seperti di China, Singapura, Macao dan Hong Kong.

Pada minggu ke 19 tahun 2012 iaitu bagi tempoh 6 Mei hingga 12 Mei, sejumlah 1,468 kes baru HFMD dilaporkan di seluruh Malaysia berbanding dengan 1,147 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya. Selangor melaporkan bilangan kes yang paling tinggi dalam minggu ini iaitu 350 kes (24%) diikuti Sarawak 343 (23%), Johor 195 (13%), Pulau Pinang 128 (9%), WP Kuala Lumpur 100 (7%), Sabah 91 (6%) manakala negeri-negeri lain melaporkan kurang daripada 60 kes. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah ringan (mild). Sebanyak 180 kes dimasukkan ke hospital di seluruh negara pada minggu ke-19 untuk pemerhatian dan rawatan rehidrasi dan tiada kematian dilaporkan.

Untuk makluman, jumlah keseluruhan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara untuk tempoh 1 Januari hingga 12 Mei 2012 adalah 17,221 kes. Lima negeri yang melaporkan jumlah kes tertinggi ialah Sarawak dengan 6,066 kes, Selangor (3,445), WP Kuala Lumpur dan Putrajaya (1,420), Johor (1,153) dan Kelantan (1,079). Pemantauan ke atas 6,865 bilangan sampel yang diterima dari seluruh Malaysia pula mendapati 940 positif virus HFMD di mana 659 (71.2%) adalah sampel positif Coxsackie Virus A16, 268 (27.0%) positif Enterovirus 71, manakala selebihnya adalah positif lain-lain virus.

wash handPenyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil pelbagai tindakan kawalan dan pencegahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Semua pengamal perubatan termasuk swasta wajib melaporkan kes HFMD dan tindakan penutupan premis atau institusi dilakukan jika terdapat penularan HFMD bagi memutuskan rantaian jangkitan dan disinfeksi premis.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, KKM ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

I.        Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

II.       Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

III.      Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL: http://www.moh.gov.my/v/garis-panduan

 

Additional photos from public domain have been added solely for illustration purpose.

Photo Credit to:       
First Photo by Michael of Scott l Flickr.com
Second Photo by cafemama l Flickr.com

tags: Kementerian Kesihatan Malaysia, Communicable Diseases