Check out other activities
Knowledge Centre: for Healthier Living
     

Wellness
Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Berkenaan Kejadian Jerebu Di Miri, Sarawak
Contributed by
Dato' Sri Dr. Hasan bin Abdul Rahman
15 Jul 2012 12:20PM
15 Knowledge articles

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau keadaan jerebu di Sarawak bermula 21 Jun 2012 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen ILP Miri, Sarawak berada pada tahap tidak sihat (IPU 164).

Pihak JAS melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 24 Jun 2012, menyatakan bahawa kebakaran di kawasan tanah gambut seluas 12 hektar di Permai Jaya berdekatan ILP, Miri, Sarawak telah menyebabkan kemerosotan kualiti udara setempat. Kerja-kerja pemadaman di kawasan tersebut giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kebakaran adalah terkawal.

Pemantauan penyakit berkaitan jerebu (URTI, Asthma dan Sakit Mata) dijalankan di Klinik Kesihatan Tudan dan Klinik Kesihatan Miri, Sarawak. Mengikut rekod yang dicatatkan sehingga akhir minggu oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mendapati berlaku sedikit peningkatan kes berkaitan jerebu yang datang mendapatkan rawatan di klinik di atas.

Minum airJusteru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuklah mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.

Selain dari itu, sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web KKM: http://www.moh.gov.my/v/jerebu.


Additional photos from public domain have been added solely for illustration purpose.

Photo Credit to:       
First Photo by knfk l Flickr.com
Second Photo by Wisconsin Department of Natural Resources l Flickr.com

tags: Kementerian Kesihatan Malaysia, Public Health